Monday, October 8, 2012

TUNGGAKAN MAINTAINANCE FEE , HOUSE RULES DAN AKTA 663



Salam Sejahtera..

Mengikut Deed of Mutual Convenants (muka 14 sub 7.1.1) yang tertakluk kepada Jadual Ketiga undang undang Strata Titles 1985 atau lebih dikenali dengan nama Akta 318 mensyaratkan :-

a. pembeli membayar (4) bulan pendahuluan dan seterusnya menbuat satu bayaran pendahuluan setiap bulan bermula tarikh Vacant Possession dikeluarkan (7.1 muka 14 DoMC)



b. Pembayaran hendaklah dilakukan di dalam tempoh 7 hari selepas tarikh notis dikeluarkan (7.1.1b muka 14 DoMC)



c. Selepas 7 hari dari tarikh luput pembayaran, Clause 15 Deed of Mutual Convenants menyatakan:-



i. pemberhentian atau menggantung kemudahan perkhidmatan sehingga pembayaran penuh dibuat (7.8 a muka 16 DoMC) atau



ii. penyekatan air dan kemudahan letrik atau (7.8 b muka 16 DoMC) dan



iii. mempamirkan nama pemiutang dan jumlah tertungak di papan kenyataan didalam premis bangunan (7.8 c muka 16 DoMC) serta



d. Hadangan kad eccess boleh dilakukan 30 hari selepas tempoh akhir pembayaran gagal di perjelaskan. (4.7 muka 4 House Rules) dan denda rm 50 untuk penyambungan semula perkhidmatan



e. Kegagalan pembayaran membolehkan Borang A jadual Kedua dikeluarkan mengikut subsection 33(2) Akta 663 (33(2) muka 36 Akta 663) atau Waran atau Borang C jadual kedua boleh dikeluarkan mengikut subsection 33(3) Akta 663 (33(3) muka 36 Akta 663)



f. Kegagalan melakukan pembayaran juga membolehkan juga jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM5000.00 dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM50 bagi tiap taip hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (34 muka 37 Akta 663).



g. Kegagalan mematuhi peraturan membolehkan segala perbelanjaan dan kos yang terbit termasuk kos guaman ditanggung oleh pembeli. (15.1.3 muka 21 DoC)



*kaedah kaedah di atas adalah mengikut pemahaman peribadi yang di petik dari Act 318, Akta 663 dan kaedah Dalaman Suri Puteri (House Rules) dan blogger tidak akan bertanggungjawab terhadap salah tafsir para pembaca blog ini.. Sekian.

Share this article now on :

0 comments:

Post a Comment