Monday, October 8, 2012

PERBADANAN PENGURUSAN SURI PUTERI


Salam Sejahtera.. Ahad 23 September 2012 telah berlangsungnya mesyuarat pertama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Bertempat di tingkat 2 bilik Pengurusan Suri Puteri ahli lembaga Perbadanan Pengurusan Suri Puteri (JMB) telah melengkapan senarai penuh ahli lembaga berserta struktur ahli lembaga Perbadanan Pengurusan Suri Puteri.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh En. Mohammad Esa Bin Moin telah bersetuju melantik ahli lembaga yang mewakili Blok A, B, Pusat Perniagaan Suri Puteri serta wakil pemaju Semangat Ulung Sdn Bhd. Ahli lembaga Perbadanan Pengurusan Suri Puteri telah sebulat suara memilih En. Mohammad Esa Bin Moin sebagai Pengerusi Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Beliau akan dibantu oleh 10 orang ahli lembaga Pengurusan Perbadanan Suri Puteri termasuk wakil pemaju serta 4 orang management staff yang di ketuai oleh En Mohd Rahfiz selaku Building Manager Suri Puteri.

Perbadanan Pengurusan Suri Puteri juga telah menyusun struktur organisasi kepada 5 department untuk menguruskan  Suri Puteri. Antara tugas Perbadanan Pengurusan Suri Puteri ialah memastikan Suri Puteri ditadbir mengikut Sales & Purchase Agreement, Deed of Mutal Convenance, House Rules dan Akta 663 dan dipatuhi oleh semua pihak.

Diharap Suri Puteri menjadi yang terbaik di Shah Alam mahupun di Selangor. Amanah yang di berikan oleh Suri Puteri kepada Perbadanan Pengurusan Suri Puteri akan terlaksana dengan kerja sama dan sokongan Suri Puteri Sendiri. Taniah kepada yang dilantik.

Sekian.

klik disini untuk melihat struktur orgnisasi Perbadanan Pengurusan Suri Puteri.

a.    Management & Operation

Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengoperasian keseluruhan serta urusan yang berkaitan dengan Commissioner of Building (COB), syarikat pengurusan (PAMA) dan status bangunan.

 b.    Account & Administration

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan bil, akaun, prosedur dan undang-undang.
c.    Security & Safety

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan keselamatan, struktur bangunan dan aset.

d.    Maintenance & Landscaping

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan penyelanggaraan bangunan, lift, fasiliti dan taman.


 e.    Secretarial & Customer Service


Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan surat-menyurat dan aduan/maklumbalas.
Share this article now on :

1 comments:

Unknown said...

Patutkah mc caj bunga 5% setiap bulan atas tunggakan Wang penyelenggaraan.malah Wang pampasan membina jambatan dlm ac mc tak adil

Post a Comment