Tuesday, October 30, 2012

Jemputan Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk

Salam Sejahtera... Persatuan Penduduk Suri Puteri bersama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri (JMB) akan menganjurkan Hari Ramah Mesra Residen Suri Puteri seperti jemputan dibawah:



11:16 PM | 0 comments

Wednesday, October 17, 2012

ONLINE DAY FOR SURI PUTERI



Salam Sejahtera.. Cadangan telah di ajukan untuk mengadakan 1 hari online chatting setiap bulan bagi Suri Puteri melalui Cbox. Hari yang dicadangkan adalah hari Rabu bermula dari 9.30 malam hingga 11.30 malam. program ini adalah terbuka Suri Puteri bersembang, berkenalan, atau mengisi masa lapang. Jika ada cadangan, soalan, atau rungutan boleh di bincangkan bersama sama supaya satu keputusan dapat di capai untuk kebaikan bersama Suri Puteri.

Di harapkan kepada pihak Perbadanan Pengurusan Suri Puteri dan Management Office dapat menghantar wakil untuk program online ini atau setidak tidaknya merekodkan segala cadangan, soalan atau rungutan Suri Puteri. Penggunaan bahasa kasar dan perkataan yg boleh menyinggung pihak lain yang ditafsirkan tidak sesuai untuk blog ini akan di padamkan serta merta.

Diharap cadangan ini di pertimbangkan oleh semua pihak agar dapat direalisasikan.

sekian



Online resident information form click here

Online resident complaint / feedback form click here
10:58 AM | 0 comments

Monday, October 8, 2012

BACAAN YASSIN MINGGUAN DI SURAU SURI PUTERI AL MUNAWARAH (cadangan)


Assalamualaikum wbt.... Majlis bacaan yassin akan diadakan pada setiap malam Jumaat bertempat di surau Suri Puteri tingkat 2 Block A. Para muslimin dan muslimat Suri Puteri dijemput hadir serta meramaikan jamaah surau Suri Puteri. Majlis juga bercadang untuk mengadakan mesyuarat kecil bagi membincangkan aktiviti aktiviti dan menyusun program yang dapat mengimarahkan surau Suri Puteri.

Bacaan yassin juga akan di buat bagi mendoakan pemilik blog ini Sdr. Hisammuddin Bin Hussin yang kini sedang mendapatkan di hospital serta anak kepada pemaju Suri Puteri iaitu Pengarah Semangat Ulung, Hj Rozaidi Bin Khalid yang sedang menjalani rawatan semoga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Majlis juga mengalu alukan jemaah apa jua bentuk sumbangan yang dapat memeriahkan surau Suri Puteri. Semoga surau ini sentiasa disinari oleh cahaya keimanan oleh para muslimin dan muslimat Suri Puteri. Aminn...

9:59 AM | 0 comments

MINIT MESYUARAT PENUH PENUBUHAN JMB

Minit Mesyuarat Penuh Penubuhan JMB



























9:52 AM | 0 comments

TUNGGAKAN MAINTAINANCE FEE , HOUSE RULES DAN AKTA 663



Salam Sejahtera..

Mengikut Deed of Mutual Convenants (muka 14 sub 7.1.1) yang tertakluk kepada Jadual Ketiga undang undang Strata Titles 1985 atau lebih dikenali dengan nama Akta 318 mensyaratkan :-

a. pembeli membayar (4) bulan pendahuluan dan seterusnya menbuat satu bayaran pendahuluan setiap bulan bermula tarikh Vacant Possession dikeluarkan (7.1 muka 14 DoMC)



b. Pembayaran hendaklah dilakukan di dalam tempoh 7 hari selepas tarikh notis dikeluarkan (7.1.1b muka 14 DoMC)



c. Selepas 7 hari dari tarikh luput pembayaran, Clause 15 Deed of Mutual Convenants menyatakan:-



i. pemberhentian atau menggantung kemudahan perkhidmatan sehingga pembayaran penuh dibuat (7.8 a muka 16 DoMC) atau



ii. penyekatan air dan kemudahan letrik atau (7.8 b muka 16 DoMC) dan



iii. mempamirkan nama pemiutang dan jumlah tertungak di papan kenyataan didalam premis bangunan (7.8 c muka 16 DoMC) serta



d. Hadangan kad eccess boleh dilakukan 30 hari selepas tempoh akhir pembayaran gagal di perjelaskan. (4.7 muka 4 House Rules) dan denda rm 50 untuk penyambungan semula perkhidmatan



e. Kegagalan pembayaran membolehkan Borang A jadual Kedua dikeluarkan mengikut subsection 33(2) Akta 663 (33(2) muka 36 Akta 663) atau Waran atau Borang C jadual kedua boleh dikeluarkan mengikut subsection 33(3) Akta 663 (33(3) muka 36 Akta 663)



f. Kegagalan melakukan pembayaran juga membolehkan juga jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM5000.00 dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM50 bagi tiap taip hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (34 muka 37 Akta 663).



g. Kegagalan mematuhi peraturan membolehkan segala perbelanjaan dan kos yang terbit termasuk kos guaman ditanggung oleh pembeli. (15.1.3 muka 21 DoC)



*kaedah kaedah di atas adalah mengikut pemahaman peribadi yang di petik dari Act 318, Akta 663 dan kaedah Dalaman Suri Puteri (House Rules) dan blogger tidak akan bertanggungjawab terhadap salah tafsir para pembaca blog ini.. Sekian.

9:50 AM | 0 comments

PERBADANAN PENGURUSAN SURI PUTERI


Salam Sejahtera.. Ahad 23 September 2012 telah berlangsungnya mesyuarat pertama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Bertempat di tingkat 2 bilik Pengurusan Suri Puteri ahli lembaga Perbadanan Pengurusan Suri Puteri (JMB) telah melengkapan senarai penuh ahli lembaga berserta struktur ahli lembaga Perbadanan Pengurusan Suri Puteri.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh En. Mohammad Esa Bin Moin telah bersetuju melantik ahli lembaga yang mewakili Blok A, B, Pusat Perniagaan Suri Puteri serta wakil pemaju Semangat Ulung Sdn Bhd. Ahli lembaga Perbadanan Pengurusan Suri Puteri telah sebulat suara memilih En. Mohammad Esa Bin Moin sebagai Pengerusi Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Beliau akan dibantu oleh 10 orang ahli lembaga Pengurusan Perbadanan Suri Puteri termasuk wakil pemaju serta 4 orang management staff yang di ketuai oleh En Mohd Rahfiz selaku Building Manager Suri Puteri.

Perbadanan Pengurusan Suri Puteri juga telah menyusun struktur organisasi kepada 5 department untuk menguruskan  Suri Puteri. Antara tugas Perbadanan Pengurusan Suri Puteri ialah memastikan Suri Puteri ditadbir mengikut Sales & Purchase Agreement, Deed of Mutal Convenance, House Rules dan Akta 663 dan dipatuhi oleh semua pihak.

Diharap Suri Puteri menjadi yang terbaik di Shah Alam mahupun di Selangor. Amanah yang di berikan oleh Suri Puteri kepada Perbadanan Pengurusan Suri Puteri akan terlaksana dengan kerja sama dan sokongan Suri Puteri Sendiri. Taniah kepada yang dilantik.

Sekian.

klik disini untuk melihat struktur orgnisasi Perbadanan Pengurusan Suri Puteri.

a.    Management & Operation

Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengoperasian keseluruhan serta urusan yang berkaitan dengan Commissioner of Building (COB), syarikat pengurusan (PAMA) dan status bangunan.

 b.    Account & Administration

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan bil, akaun, prosedur dan undang-undang.
c.    Security & Safety

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan keselamatan, struktur bangunan dan aset.

d.    Maintenance & Landscaping

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan penyelanggaraan bangunan, lift, fasiliti dan taman.


 e.    Secretarial & Customer Service


Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan surat-menyurat dan aduan/maklumbalas.
9:48 AM | 1 comments

PENUBUHAN JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)









Salam Sejahtera..

Ahad 9 September 2012 telah tertubuhnya Joint Mangement Body (JMB) Suri Puteri atau lebih tepat bakal dikenali dengan nama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Mesyuarat Agung JMB Pertama bagi Suri Puteri Serviced Apartment & Business Avenue ini di anjurkan oleh pihak Pemaju Semangat Ulung Sdn Bhd yang diwakili oleh Hj Rozaidi Bin Khalid serta di pengerusikan oleh Mr. Khong Chee Seng dari pihak pengurusan apartment PAMA Services Sdn Bhd selaras dengan Akta 663 Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007.

Mesyuarat pertama hadiri oleh pemilik / proksi Suri Puteri yang sah mengikut Akta 663 yang juga dikenali sebagai Building And Common Property (Maintainance And Management) Act 2007 turut menerima kedatangan wakil dari MBSA bersama Commissioner of Building (COB) serta Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor sebagai pemantau dan memastikan mesyuarat  adala sah mengikut Akta 663.

Suri Puteri telah bersetuju melantik 6 wakil dari 12 kouta ahli yang di peruntukan dalam Akta 663 sebagai badan yang bakal menguruskan Suri Puteri bersama 1 wakil dari pihak pemaju. Kuasa juga diberikan kepada Ahli Lembaga JMB untuk menambah atau mengurangkan kekosongan kuota wakil selaras dengan Akta 663.

Tahniah kepada pemilik / proksi yang terpilih untuk menguruskan Suri Puteri  dan harapan agar Suri Puteri menjadi apartment terbaik di Shah Alam mahupun di Selangor.

Sekian.

klik disini untuk minit penuh mesyuarat penubuhan JMB.
9:17 AM | 2 comments