Monday, October 8, 2012

BACAAN YASSIN MINGGUAN DI SURAU SURI PUTERI AL MUNAWARAH (cadangan)


Assalamualaikum wbt.... Majlis bacaan yassin akan diadakan pada setiap malam Jumaat bertempat di surau Suri Puteri tingkat 2 Block A. Para muslimin dan muslimat Suri Puteri dijemput hadir serta meramaikan jamaah surau Suri Puteri. Majlis juga bercadang untuk mengadakan mesyuarat kecil bagi membincangkan aktiviti aktiviti dan menyusun program yang dapat mengimarahkan surau Suri Puteri.

Bacaan yassin juga akan di buat bagi mendoakan pemilik blog ini Sdr. Hisammuddin Bin Hussin yang kini sedang mendapatkan di hospital serta anak kepada pemaju Suri Puteri iaitu Pengarah Semangat Ulung, Hj Rozaidi Bin Khalid yang sedang menjalani rawatan semoga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Majlis juga mengalu alukan jemaah apa jua bentuk sumbangan yang dapat memeriahkan surau Suri Puteri. Semoga surau ini sentiasa disinari oleh cahaya keimanan oleh para muslimin dan muslimat Suri Puteri. Aminn...

Share this article now on :

0 comments:

Post a Comment