Monday, October 8, 2012

PENUBUHAN JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)









Salam Sejahtera..

Ahad 9 September 2012 telah tertubuhnya Joint Mangement Body (JMB) Suri Puteri atau lebih tepat bakal dikenali dengan nama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Mesyuarat Agung JMB Pertama bagi Suri Puteri Serviced Apartment & Business Avenue ini di anjurkan oleh pihak Pemaju Semangat Ulung Sdn Bhd yang diwakili oleh Hj Rozaidi Bin Khalid serta di pengerusikan oleh Mr. Khong Chee Seng dari pihak pengurusan apartment PAMA Services Sdn Bhd selaras dengan Akta 663 Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007.

Mesyuarat pertama hadiri oleh pemilik / proksi Suri Puteri yang sah mengikut Akta 663 yang juga dikenali sebagai Building And Common Property (Maintainance And Management) Act 2007 turut menerima kedatangan wakil dari MBSA bersama Commissioner of Building (COB) serta Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor sebagai pemantau dan memastikan mesyuarat  adala sah mengikut Akta 663.

Suri Puteri telah bersetuju melantik 6 wakil dari 12 kouta ahli yang di peruntukan dalam Akta 663 sebagai badan yang bakal menguruskan Suri Puteri bersama 1 wakil dari pihak pemaju. Kuasa juga diberikan kepada Ahli Lembaga JMB untuk menambah atau mengurangkan kekosongan kuota wakil selaras dengan Akta 663.

Tahniah kepada pemilik / proksi yang terpilih untuk menguruskan Suri Puteri  dan harapan agar Suri Puteri menjadi apartment terbaik di Shah Alam mahupun di Selangor.

Sekian.

klik disini untuk minit penuh mesyuarat penubuhan JMB.
Share this article now on :

2 comments:

shaun said...

Thanks for posting. Keep the elevators in safe working conditions. I have posted some videos. Elevator etiquette and manners, how to use an elevator, bad behavior in an elevator, home lift features, elevator humor. Watch them on youtube. http://www.elevatormalaysia.com

JS said...

Pls keep the management well... Always water pump break down!!!

Post a Comment