Monday, August 27, 2012

JEMPUTAN KE SESSI TAKLIMAT MENGENAI KEPENTINGAN PENUBUHAN JMB OLEH LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Salam Sejahtera,

Pihak Persatuan akan menganjurkan sessi taklimat dan dialog bersama Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor mengenai kepentingan penubuhan JMB (Joint Management Body) di pangsapuri ini. Selain Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, pihak Commercial of Building dari MBSA dan Pemaju, Semangat Ulung akan turut serta menyertai sessi ini.

Sessi taklimat ini diadakan untuk mendapatkan makluman lebih jelas sebelum tarikh JMB sebenar iaitu 9hb September 2012 nanti. Dijemput SEMUA PEMILIK UNIT di Pangsapuri Perkhidmatan Suri Puteri hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan di bawah :


11:31 PM | 0 comments

Tuesday, August 14, 2012

SURAT JAWAPAN DARI MBSA - CUKAI PINTU


Salam Sejahtera,

Surat bantahan dari MBSA telah diterima hari ini, 14/08/2012.

Pengurangan sebanyak 5% bagi setiap jenis unit telah diberikan.  Penghuraian seperti berikut :-

Blok A - Jenis B dan B1
Nilai tahunan lama = RM14,400 (14,400/12 x 5% x 12 bln = RM720 setahun)
Nilai tahunan baru = RM13,680 (13,680/12 x 5% x 12 bln = RM684 setahun)
Nilai cukai pintu baru = RM684 setahun

Blok B – Jenis A
Nilai tahunan lama = RM16,620 (16,620/12 x 5% x 12 bln = RM831 setahun)
Nilai tahunan baru = RM15,780 (15,780/12 x 5% x 12 bln = RM789 setahun)
Nilai cukai pintu baru = RM789 setahun

Blok B – Jenis A1
Nilai tahunan lama = RM12,660 (12,660/12 x 5% x 12 bln = RM633 setahun)
Nilai tahunan baru = RM12,000 (12,000/12 x 5% x 12 bln = RM600 setahun)
Nilai cukai pintu baru = RM600 setahun

Surat rayuan susulan akan diberikan kepada pihak-pihak berkewajiban dan salinan akan diberikan kepada YBhg MB untuk tindakan mereka.  Anda dinasihatkan untuk membuat pembayaran mengikut kadar baru yang dikeluarkan dan sekiranya  rayuan susulan diluluskan, anda akan dimaklumkan kelak.

Sekian, harap maklum.
Yanti Hj Mohd Sapian




2:39 AM | 0 comments