Wednesday, February 29, 2012

Jawapan SCland Management



Harap jawapan dari SCland ini dapat menjelaskan beberapa isu yang dihadapi penduduk SP.

Pertaining to the unresolved issues as highlighted by your good self,

1. Cleanliness
Management aware that because of the renovation works carried out by the contractors, the corridor sometimes get very dusty. But, the Management carried out the inspection at all floor every day and during this inspection, we advised the contractors to clean or sweep the corridor after the works or most accurate after 5.00pm. As the renovation works continued on the next day, the corridor once again get dusty because of the hacking of the wall or transportation of the renovation / construction materials. However, I myself already instruct cleaner to look into this matter yesterday and will follow up later.

For the uncollected rubbish at the residential floor, Management have issue to identify which floor has been occupied since the residents didn't come to the Management Office to inform that they had occupied any particular floor. Our solution is, I will inform the residents to residents by notice that they should inform the Management if they had move in to any particular floor.

2. Swimming Pool
Sorry for the inconvenience, the swimming pool was suffered with the technical issues last week. However, Management expect that the swimming pool is ready to use by today as the water sparkling this morning. Please help the Management and other residents by using / wearing just NYLON materials swimsuit in order to use the swimming pool.

Hope the above explanation will clarify the issues that you highlight.

Thank You,
Mohd Rahfiz

SURI PUTERI SERVICED APARTMENT,
Managed by PAMA SERVICES SDN BHD (000862962-T),
Management Office, 2nd Floor, Block B,
Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20,
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55488833 Fax : 03-55481188
2:59 AM | 0 comments

Friday, February 24, 2012

Pemaju Suri Puteri Lama Dalam Perhatian Polis


Bekas Bendahari Umno S’ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

Oleh: Sidiqin Omar

SHAH ALAM: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Makmur Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.
“Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Makmur gagal menjalankan projek.

“Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco,” kata Irwan kepada Keadilandaily.com.

Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.
“Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?,” Soal beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari ‘orang dalam’ MBSA sendiri.

Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.

“Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Irwan.
Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.

“Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain,” jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor.
5:19 AM | 0 comments

Perjumpaan penduduk/pembeli Suri Puteri


Salam sejahtera semua,

Melalui perbincangan ringkas yang dihadiri lebih kurang 40 orang malam tadi, 23hb Feb 2012 kami telah bersepakat untuk mengadakan perjumpaan untuk semua pembeli dan penduduk Suri Puteri pada tarikh dan waktu di bawah :

Tarikh : 10hb Mac 2012 (Sabtu)

Waktu : 10:00 pagi

Tempat : Perkarangan kolam renang

Selain dari mengumpul semua masalah di sekeliling pangsapuri ini, PERLANTIKAN AJK PENDUDUK juga akan diadakan pada hari tersebut. Semua perbincangan dan permasalahan ini akan dihuraikan dan diminitkan sebelum dibawa ke pihak Management dan SC Land oleh bakal AJK kita nanti.

Diharap semua dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke perjumpaan ini. Sokongan anda semua amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum
Yanti
3:45 AM | 0 comments

Monday, February 20, 2012

Majlis Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Yasin Beramai-ramai


"Assalamualaikum ww.

Harap maklum, bahawa solat maghrib berjemaah dan bacaan yasin beramai-ramai
akan diadakan di surau Suri Puteri pada :

Tarikh     :       23hb Feb 2012 (Khamis)
Waktu    :       Waktu Maghrib
Tempat   :       Surau Suri Puteri
                      Tingkat 2 Pangsapuri Suri Puteri

Kepada semua penduduk dan pembeli Suri Puteri, dijemput agar dapat
bersama-sama kita berjemaah beramai-ramai di sana.  Oleh kerana, keperluan
surau masih belum diisi, diharap semua jemaah dapat membawa sendiri
keperluan solat termasuk sejadah, telekung  dan surah yasin pada hari
tersebut.  Bagi sesiapa yang ingin menyedekahkan makanan dan minuman, ia
adalah amat dialu-alukan.  Semoga ibadat kita semua diterima dan dirahmati
Allah SWT..Amin"

Sekian
12:48 AM | 0 comments

Tuesday, February 7, 2012

Gambar Terbaru Renovation

Gambar ini diambil di Facebook Azhar. Cantik ubahsuai ni !!!
































10:53 PM | 1 comments

Sunday, February 5, 2012

Gambar Terbaru Rumah Renovation

Dalaman rumah yang telah di ubahsuai oleh Nurdin Abd Rahim Rahim





4:15 AM | 1 comments