Sunday, March 25, 2012

Sikap tak bertamadun penduduk SP penyumbang kolam jadi jijik!!

1. Masih tak ikut pakaian renang ketika mandi kolam. Buang sampah (plastik makanan tepi kolam)

2. Buang sampah makanan dalam sauna.

3. Pakai selipar dalam sauna. Lantai kotor

4. Bilik air kotor dan hancing.. Kencing dan berakk tak flush



11:30 PM | 5 comments

Sunday, March 11, 2012

Ucapan oleh Pengerusi Baru Suri Puteri

Tahniah kepada Pengerusi Suri Puteri yang baru dilantik. Diharap dapat memberi perkhidmatan serta memikul tanggungjawab yang terbaik untuk semua penduduk-penduduk Suri Puteri.



10:28 AM | 0 comments

Saturday, March 10, 2012

Video-video Mesyuarat Pada 10/03/2012


Ini adalah sebahagian video-video mesyuarat pada 10/03/2012 yang sempat dirakamkan. Namun masih ada lagi video-video yang dimuatturun untuk maklumat semua pembeli / penduduk suriputeri yang tidak dapat hadir.
Harap dapat bersabar.

 





















7:53 PM | 0 comments

Wednesday, March 7, 2012

Perhatian: Perjumpaan Penduduk/Pembeli Suri Puteri


Harap maklum kepada sesiapa yang tidak dapat hadir pada mesyuarat 10hb ini, tetapi ingin membuat aduan atau cadangan kepada SP Management, sila emailkan aduan anda kepada management, suriputeriapartment@yahoo.com berserta dengan nama,no contact dan no unit anda aduan/cadangan supaya dapat diketengahkan pada hari perjumpaan tersebut.

Sekian

Yanti
8:13 PM | 0 comments

Monday, March 5, 2012

PERJUMPAAN PENDUDUK / PEMBELI PANGSAPURI SURI PUTERI


Salam Sejahtera kepada Semua Penduduk dan Pembeli Pangsapuri Suri Puteri,

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, perjumpaan untuk semua pembeli dan
penduduk Suri Puteri telah ditetapkan pada 10hb Mac 2012, jam 10:00 pagi.
Di atas budi bicara pihak Management, buat pertama kalinya Dewan Suri Puteri
akan kita gunakan untuk perjumpaan ini nanti.

Untuk makluman semua, selain dari majlis perlantikan AJK Penduduk Suri
Puteri, sessi dialog bersama Management juga akan diadakan.  Mr Khong Chee
Seng, selaku Director of PAMA Services Sdn Bhd juga akan hadir pada hari
tersebut.

AGENDA Majlis Perjumpaan seperti berikut :-

9:30 am                -  Ketibaan penduduk / pembeli Pangsapuri Suri Puteri

10:00 am              -  Ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis - En Saiful
Rizal / En Mohd Isma

10:10 am              -  Perlantikan AJK Penduduk Pangsapuri Suri Puteri

10:30 am              -  Penjelasan dari PAMA Services mengenai masalah yang telah diutarakan sebelum ini

11:00 am              -  Sesi soal jawab bersama penduduk

12:30 pm              -  Bersurai

Diharap semua dapat hadir beramai-ramai ke perjumpaan ini untuk membincangkan semua masalah demi kesejahteraan Pangsapuri Suri Puteri

Sekian, harap maklum.

Yanti Hj Mohd Sapian
3:48 AM | 2 comments

Friday, March 2, 2012

Swimming pool dah comel


Swimming pool dah comel kembali.. Harap xde yg mandi without proper attire lg lps ni..
12:10 AM | 3 comments

Thursday, March 1, 2012

Suri Puteri Seksyen 20 Shah Alam



Suri Puteri Service Apartment, Section 20 Shah Alam. Available to Sale From RM300K, at 1021sqft. 3 rooms 2 baths. For rent at basic unit RM1400, Basic Unit with Kitchen Cabinet RM1500 & Fully Furnished RM1900. More details : 012-9696 390, Keyn. Grab it Before SOLD!!!




4:13 AM | 0 comments