Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua penduduk-penduduk SuriPuteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini merupakan hari yang terakhir kita berada di Bulan Syaaban.. Esok kita akan melangkah ke satu bulan yang mulia.. Bulan yang penuh dengan amalan dan keberkatan... iaitu Bulan Ramadhan..

Pada Bulan yang mulia ini (Ramadhan) kita diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam yang Ke 3, iaitu berpuasa selama sebulan.. Puasa ni bukan setakat tidak makan dan minum sahaja.. Tetapi puasa yang dimaksudkan disini ialah.. kita perlu menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan  mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..   

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah berpuasa kepada para pengunjung blog SuriPuteri dan juga rakan-rakan di facebook SuriPuteri.. Jangan lupa bangun sahur pada esok hari.. dan jangan lupa juga bangun sahur pada tiap-tiap hari..

Disamping itu, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan yang pernah saya lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan... 

Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita memperbanyakkan amalan dan doa.. Antara perkara yang seharusnya kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:
  • Jangan lupa mengerjakan solat sunat terawih pada setiap malam..
  • Memperbanyakkan sedekah dan memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa
  • Solat secara berjemaah pada setiap waktu sembahyang fardhu, iktikaf di masjid dan membaca Al Quran
  • Makan berpada-pada ketika berbuka dan jangan lupa bangun pagi untuk bersahur..

Semoga pada bulan Ramadhan ini, kita dapat mejalani Ibadah berpuasa dengan baik.. dan semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.. Amin..

Share this article now on :

0 comments:

Post a Comment