Monday, April 2, 2012

Minit Mesyuarat pada perjumpaan 10hb Mac 2012


Minit Mesyuarat semasa perjumpaan bersama pembeli / penduduk Pangsapuri Suri Puteri dilampirkan untuk renungan bersama.  Mesyuarat sesama AJK akan diadakan pada 7hb Apr 2012 nanti.  Berikut adalah senarai AJK sementara Persatuan Penduduk Pangsapuri Suri Puteri.  Sila rujuk kepada mereka sekiranya anda memerlukan bantuan mereka.

Pengerusi                    :       1)  Sdra M. Zamri M Yasin

Naib Pengerusi            :       2)  Sdra Sahairy Harun

Ahli Jawatankuasa       :       3)  Sdri Asiyanti Mohd Sapian
                             
                                           4)  Sdra Mohammad Firdaus
                             
                                           5)  Sdri Norisidah Ismail
                             
                                           6)  Sdri Nur Amalina Badaruddin
                             
                                            7)  Sdra Nordin Abd Wahid
                             
                                            8)  Sdra Mohd Ismafazil Ismail
                             
                                            9)  Sdra Sujan Jana Avdanan
                             
                                          10) Sdra Mohd Yuslizam Sulaiman
                             
                                          11) Sdra Mohd Afziv
                             
                                          12) Sdra Saiful Rizzal
                             
                                          13) Sdra Nazran
                             
                                          14) Sdra Kevin Justin Raw

Sekian harap maklum.


MESYUARAT DAN PERLANTIKAN AJK PEMBELI DAN PENDUDUK PANGSAPURI SURI PUTERI, SEKSYEN 20, SHAH ALAM

TARIKH : 10HB MAC 2012
MASA : 10:00 AM
TEMPAT : DEWAN PANGSAPURI SURI PUTERI


UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Pengerusi Majlis, Sdra Ismafazil mengalu-ngalukan kehadiran pembeli dan penduduk Pangsapuri Suri Puteri yang dihadiri hampir 60 orang ke majlis perlantikan AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Suri Puteri dan mesyuarat pertama bersama-sama dengan pihak pengurusan PAMA Services Sdn Bhd.

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENDUDUK PANGSAPURI SURI PUTERI

Pengerusi : 1)  Sdra M. Zamri M Yasin

Naib Pengerusi : 2)  Sdra Sahairy Harun

Ahli Jawatankuasa : 3)  Sdri Asiyanti Mohd Sapian
 
4)  Sdra Mohammad Firdaus
 
                                  5)  Sdri Norisidah Ismail
 
                                  6)  Sdri Nur Amalina Badaruddin
 
                                  7)  Sdra Nordin Abd Wahid
 
                                  8)  Sdra Mohd Ismafazil Ismail
 
                                  9)  Sdra Sujan Jana Avdanan
 
                                10)  Sdra Mohd Yuslizam Sulaiman
 
                                11)  Sdra Mohd Afziv
 
                                12)  Sdra Saiful Rizzal
                             
                                13)  Sdra Nazran
 
                                14)  Sdra Kevin Justin Raw

PERKARA YANG DIBINCANGKAN DENGAN WAKIL PENGURUSAN PAMA SERVICES SDN BHD –
EN RAHFIZ

1) Sdra Amin
· Masalah pertama yang diutarakan adalah berkenaan kebersihan kolam renang dan keadaan airnya yang keruh dan tidak bersih.
· Dicadangkan juga agar diletakkan papan tanda mengenai cara penggunaan kolam renang di kawasan persekitaran kolam.

Jawapan Pengurusan
· Pembersihan kolam renang dilakukan oleh pihak kontraktor sebanyak 2 kali seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat.  Penggunaan yang terlalu kerap, jumlah yang ramai dan cara pemakaian semasa mandi adalah antara sebab mengapa air kolam menjadi keruh dengan cepat. Pihak pengurusan juga akan memantau samada cara pembersihan yang dilakukan oleh kontraktor yang tidak mengikut piawaian juga mungkin menjadi salah satu punca mengapa air kolam menjadi keruh.
· Menurut beliau cara penggunaan kolam renang telah ditulis di dalam Nota Peraturan Penginapan (House Rules) dan penggunaan adalah tanggungjawab penduduk .

2) Sdra Mohd Ariff
· Kemusykilan berkenaan pekerja kontraktor samada mereka dibenarkan untuk menduduki Pangsapuri Suri Puteri.

Jawapan Pengurusan
· Pekerja kontraktor hanya dibenarkan menduduki pangsapuri Suri Puteri jika dihuni bersama-sama dengan pemilik unit.  Pihak Pengurusan telah sedia maklum mengenai perkara ini.

3) Sdri Masturah
· Kebersihan persekitaran yang tidak diambil serius oleh pihak pengurusan. Keadaan sampah yang banyak dan tidak dikutip seperti dijadualkan.  Hanya dikutip selepas penghuni menghubungi pihak pengurusan.
· Keadaan koridor yang berdebu kerana proses renovation.  Dicadangkan agar pengurusan menambah seorang lagi cleaner di setiap blok.

Jawapan Pengurusan
· 2 cleaner telah ditugaskan bagi setiap blok.  Sapu dilakukan setiap hari dan mop adalah sebanyak 2 kali.  Pemeriksaan dilakukan pada setiap hari oleh pihak pengurusan.
· Penambahan pekerja tidak dapat dilakukan di atas sebab kos.(Dibangkang oleh Pengerusi SP, Sdra Zamri – alasan tidak munasabah kerana semua pembeli pangsapuri telah membayar yuran penyelenggaraan yang agak tinggi setiap bulan).  Pihak pengurusan menyatakan bahawa kos untuk kerja-kerja operasi adalah tidak mencukupi. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

4) Sdra Nazran
· Masalah terhadap ‘access card’ beliau.  Telah beberapa kali merujuk kepada pejabat pengurusan dan diperiksa tetapi masih lagi tidak boleh digunakan.  Dicadangkan agar diadakan tempat atau point untuk memeriksa keadaan ‘access card’ tanpa perlu ke pejabat pengurusan.

Jawapan Pengurusan
· Diminta agar Sdra Nazran ke pejabat pengurusan untuk menukar ‘access card’ yang sedia ada kepada yang baru, kerana dikhuatiri kad tersebut telah rosak. Pihak pengurusan tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan point untuk pemeriksaan kad, kerana mereka perlu memantau lebih teliti demi factor keselamatan.

5) Sdra Muzammil
· Keadaan cerun di parking bawah tanah agak tinggi dan boleh menyebabkan kenderaan tersangkut.  Dicadangkan diletakkan cermin di kawasan parking bawah tanah.
· Kerja-kerja renovasi terlalu lama dari waktu yang ditetapkan.  Pihak pengurusan perlu pantau waktu kerja-kerja renovasi.  Pengawal pula perlu memantau selepas waktu kerja.  Penduduk pula diminta memberitahu pengawal untuk tindakan selanjutnya.

Jawapan Pengurusan
· Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

6) Sdra Kusyairi
· Pintu masuk dari Blok B1 ke B2 bermasalah untuk dibuka.
· Talian telefon dan internet juga masih bermasalah. Kontraktor pemasangan menyatakan mungkin MDF tidak betul atau pemasangan salah.

Jawapan Pengurusan
· Pintu akan dibaiki pada minggu hadapan.
· Minta kontraktor melabelkan untuk memudahkan pihak pengurusan memeriksa nanti.

7) Sdra Nazran
· Minta kepastian berapa lamakah sesuatu aduan itu akan diambil tindakan.  Siapa yang bertanggungjawab untuk sesuatu aduan, pengurusan (PAMA) atau kontraktor bangunan  (RDS).

Jawapan Pengurusan
· Untuk setiap aduan, selewat-lewatnya tempoh 30 hari bekerja hendaklah diselesaikan.
· PAMA bertanggungjawab dengan segala khidmat di pangsapuri dan RDS bertanggungjawab terhadap keadaan bangunan pangsapuri.
· Diminta agar tiada kelewatan keatas segala bayaran penyelenggaraan, kerana terlalu banyak masalah timbul.

8) Sdra Mohd Fuad
· Masalah ‘access card’ sekali lagi ditimbulkan.  Inginkan penjelasan mengapakah ada sekatan bagi penduduk di Blok A untuk menggunakan ‘access card’ di Blok B.  Sepatutnya setiap penduduk dibenarkan untuk access di semua pintu masuk.  Ikut logiknya bagi setiap penggunaan ‘access card’ , rekod pengaksesan boleh didapati di pejabat pengurusan.  Dicadangkan agar ‘access point’ diletakkan di pintu lif jika pihak pengurusan perlukan rekod.

Jawapan Pengurusan
· Pengurusan bersetuju bahawa rekod pengaksesan terdapat di pejabat pengurusan.  Oleh kerana semua hadirin setuju agar ‘access card’ diaktifkan bagi semua pintu masuk dan keluar, maka perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

9) Siti Rafidah
· Mengapakah pengawal yang diambil bekerja berbangsa asing (Pakistan). Masalah komunikasi timbul sesama pengawal dan penduduk. Menurut syarat-syarat yang diberikan oleh Kementerian Dalam negeri (KDN) hanya pekerja berbangsa Nepal yang dibenarkan bekerja sebagai pengawal.

Jawapan Pengurusan
· Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

10) Sdra Eddy
· Berapa kerapkah sesuatu bangunan dicat semula?
· Mengapa tiada no level di tandakan di dinding setiap tingkat selepas lif dibuka?

Jawapan Pengurusan
· 10% daripada yuran penyelenggaraan akan dimasukan di dalam sinking fund. Bangunan akan dicat bergantung kepada jumlah fund yang dikumpul.
· Setakat ini, no level hanya dapat dilihat di dalam lif sahaja.

11) Sdri Norisidah
· Tanda arah keluar (flow arrow) perlu dipasang di tiang kawasan parking.

Jawapan Pengurusan
· Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

12) Sdra Farhan
· Tingkap yang dipasang adalah terhala dari arah dalam bilik pos.   Pencerobohan boleh berlaku.
· Dengan siapakah ingin dirujuk sekiranya terdapat simen dan dinding yang tidak rata.

Jawapan Pengurusan
· Pintu bilik pos akan sentiasa dikunci dari jam 10:00pm hingga pagi.  Tingkap yang tidak boleh dibuka tutup juga akan dipasang.
· Dinding atau simen yang tidak rata hendaklah dirujuk kepada RDS, kontraktor bangunan.

13) Sdra A. Halim
· Dicadangkan agar no parking dilukis di setiap tapak parking.

Jawapan Pengurusan
· Tapak parking adalah tapak lot harta bersama.  Perlu mendapatkan persetujuan dari semua pembeli unit.

14) Anas Malik
· Inginkan kepastian samada pengurusan bagi Business Centre di hadapan pangsapuri di bawah bidang kuasa siapa.

Jawapan Pengurusan
· Business Centre adalah juga di bawah kuasa pengurusan PAMA Services Sdn Bhd. Pengawalan keselamatan adalah di bawah tanggungjawab yang sama dengan pengawalan pangsapuri.

15) Pengetahuan Umum
· No telefon pengawal baru akan diupdate dan ditampal di setiap papan kenyataan dan lif.
· Oleh kerana no telefon pengawal adalah milik peribadi pengawal, cadangan untuk meletakkan satu telefon di bilik pengawal juga akan dipertimbangkan.
· Setiap kerja-kerja renovasi selesai, kerja-kerja pembersihan hendaklan dilakukan  oleh kontrarktor yang dilantik oleh pembeli/penduduk.
· Segala butir-butir perbincangan ini akan dilaporkan kepada pemaju dan tempoh diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah selama dua (2) minggu dari tarikh mesyuarat.
· Jawapan dan feedback akan dipamirkan di papan kenyataan pangsapuri.

ULASAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SURI PUTERI

· Ucapan terimakasih kepada semua hadirin kerana memberi kepercayaan penuh kepada beliau untuk mendukung tanggungjawab  sebagai pengerusi penduduk.
· Beliau meminta kerjasama dari semua penduduk untuk bertolak ansur sesama jiran.
· Mohon agar pihak pengurusan menjadi lebih peka dengan segala permasalahan yang diutarakan dan perlulah berbincang.

Mesyuarat tamat pada jam lebih kurang  12:00 tengahari.

Bersurai.


Yanti Mohd Sapian




Share this article now on :

2 comments:

sapphire5157 said...

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada puan setiausaha yang banyak berusaha untuk kebaikkan bersama.
Kalau kita baca chat box banyak masalah adalah ulangan dari yang sebelumnya. Saya memohon agar pihak management dapat meningkatkan keberkesanan didalam menjalankan tugas dan dan kawalan pekerja. Tolong pastikan mereka melakukan kerja seperti yang diarahkan.

tutiQakmal said...

yanti do u have any update on the issue above? seems like forever and there is no action taken lah

Post a Comment