Tuesday, November 22, 2011

Surat dari SCLAND

Ini adalah surat yang pertama yang saya dapat dari SCLAND samada saya kena bayar atau tidak saya tak pasti ianya berjumlah RM16,000. Kalau ada kawan-kawan yang boleh terjemahkan alhamdulillah...


Kemudian menyusul lagi surat yang sama yang saya dapat dari SCLAND kali ini lain pula jumlahnya iaitu RM8,000. Mana satu yang betul saya pun tak tahu


Share this article now on :

1 comments:

Hj Azlan dari Tronoh said...

En Hisammuddin,

Jikalau ditengok akan surat-surat yang diterima oleh tuan, saya menafsir bahawa rumah tersebut dibeli secara tunai oleh tuan.

Tuan telah menerima 2 surat permintaan pembayaran berperingkat oleh Semangat Ulung iaitu untuk bayaran peringkat 2j dan 3. Oleh yang demikian tuan perlu membayar RM16,186 dan juga RM8,093.

Pada dasarnya, kita kena membayar sepenuhnya rumah yang telah siap tetapi tidak boleh diduduki kerana belum disahkan oleh MBSA. Ini bermakna Semangat Ulung dengan mudahnya akan menyalahkan MBSA jika kita tidak dapat mendiami rumah kita secepat mungkin.

Jika kita tanya MBSA, MBSA akan kata Semangat Ulung tidak melengkapkan kertas kerjanya.

InsyaAllah, kita berjumpa di Suri Puteri pada 3/12/11 jam 2:00 petang.

Sekian, terima kasih.

Salam dari Tronoh.

Hj Azlan (019 - 5777955)

Post a Comment