Tuesday, December 20, 2011

Sudah Ambil Kunci 20/12/2011

Semalam saya telah pun mengambil kunci di Suri Puteri Shah Alam

Peti Surat

Parking

Meter Air


Beg Kunci SCLand Bagi

Ni Kunci Banyak Nya....

Komplen ada retak sikit....saya komplen

Air dah masuk....harga rumah ratus-ratus ribu tapi waaaaa.....senki ni jerr !!!


Besarnya suis lampu


No rumah pangsapuri





Dekat lift



Lif dah berfungsi

Boleh bersenam..dah ready





Hahaha....ni kunci paling besar saya dapat !!! Saja lekat kat pintu sebagai kenangan geram kerana lama sangat tunggu lapan tahun.....


9:26 PM | 4 comments

Thursday, December 15, 2011

Imbasan gambar lama Sri Puteri

Ini adalah gambar lama sri puteri semasa terbengkalai dahulu serta website sriputeri tetapi website ini tidak diaktifkan lagi. Dahulunya website ini dikendalikan oleh saudara Firdaus.Untuk pengetahuan pembeli baru dahulunya hanya ada beberapa orang sahaja yang terlibat untuk meneruskan kembali projek Sri Puteri yang terbengkalai ini. Diatas inisiatif saudara Firdaus serta kawan-kawan yang lain maka telah ujud satu persatuan yang dinamakan Persatuan Pembeli Sri Puteri. Dari sini lah persatuan pembeli sri puteri dapat mencari pembeli-pembeli sri puteri seluruh malaysia. Pelbagai mesyuarat serta rintangan yang dihadapi oleh persatuan ini.

Akhirnya pangsapuri ini berjaya juga disiapkan. Sekalung tahniah kepada pembeli-pembeli lama serta kepada saudara Firdaus.



10:34 PM | 2 comments

Imbas kembali gambar mesyuarat persatuan 16/8/08

Gambar-gambar mesyuarat di Hotel De Palma Shah Alam



















8:55 AM | 0 comments

Tuesday, December 13, 2011

Surat Ambil Kunci 20/12/2011

Dah boleh ambil kunci Suri Puteri...kena bergerak lagi dari Felda Bersia Gerik ke Shah Alam Selangor.

9:17 PM | 3 comments

Tuesday, December 6, 2011

Sambungan video-video perjumpaan 03/12/2011

Ini adalah sambungan video-video perjumpaan pada 03/12/2011.Harap maaf kerana agak lambat sedikit dimasukkan kedalam blog ini.













4:16 AM | 0 comments

Monday, December 5, 2011

Hasil Perbincangan dengan Tuan Haji Rozaidi, Pengarah Semangat Ulung Sdn.Bhd 03/12/2011


Oleh:Sapphire5157

Hasil Perbincangan dengan Tuan Haji Rozaidi, Pengarah Semangat Ulung Sdn.Bhd. bertempat dipool side Suri Puteri pada 03/12/2011 Jam 2.00ptg dengan pembeli yang hadir

1. Pertukaran Alamat surat menyurat - Ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh MBSA dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Service apartment akan bermula dengan level 1 tidak ada istilah Ground Floor. Kami meminta Tuan Haji Rozaidi untuk mengemukakan rayuan kepada MBSA dan KPKT untuk membenarkan kita menggunakan nombor asal rumah.

2. Isu Keselamatan dimana tembok yang memisahkan apartment dengan business centre terlalu hampir dengan unit aparment dan memudahkan penceroboh memasuki premis. Tuan haji Rozaidi berjanji akan meneliti semula dari perspektif keselamatan. Plan asal tidak terdapat tembok pemisah ini dan sesiapa dari business centre boleh memasuki apartment untuk apa pun tujuan. Bila mereka mengambil alih projek ini mereka memisahkan kedua bahagian diatas berbagai alasan dan salah satunya keselamatan.

3. Isu interest dimana ianya banyak melibatkan pembeli baru. Tuan Haji Rozaidi memberitahu supaya pembeli perlu mendapatkan info daripada bank yang memberikan kemudahan pinjaman. Dapatkan tarikh bila sebenarnya mereka release paymet kepada developer. Sila bawa info ini kepada Semangat Ulung supaya mereka boleh menyemak semula semua fail pembeli yang terlibat. Untuk pengetahuan semua mereka sentiasa memberikan 2 minggu masa tambahan kepada due date dan interest akan dikenakan sekiranya bayaran yang diterima melewati dari tarikh tersebut.

4. Pihak pembeli meminta supaya Tuan Haji Rozaidi mengaturka pertemuan dengan semua pihak yang terlibat seperti MBSA, KPKT, Kerajaan Negeri dan bank-bank yang memberikan pinjaman seperti mana yang pernah diadakan semasa Semangat Ulung ingin mengambil alih projek ini.

5. Pihak pembeli juga ingin Tuan Haji Rozaidi mengaturkan pertemuan dengan Pihak management yang dilantik oleh Semangat Ulung untuk menguruskan apartment dan pihak pembeli akan melantik wakil yang akan berada didalam badan pengurusan tersebut. Pihak Developer telah menyerahkan apartment kepada pihak pengurusan berkuatkuasa pada 01 Dec 2011

6. Kepada sesiapa yang telah mendapat surat untuk mengambil kunci bolehlah berbuat demikian untuk mengelakkan kesesakkan di pejabat Semangat Ulung. Kepada pembeli yang ingin menunggu sehingga CF dikeluarkan juga dibenarkan berbuat demikian tanpa sebarang charge dikenakan.

7. Tuan Haji Rozaidi meminta kepada sesiapa yang masih bermasalah supaya menghubungi beliau pada masa pejabat atau SMS 019-3007971
5:40 AM | 2 comments

Sunday, December 4, 2011

Video-video perjumpaan pada 03/12/2011

Sebahagian video-video yang dirakam ketika soal jawap pembeli bersama Haji Rozaidi di Suri Puteri Entrance. Masih ada lagi video yang sedang di muat turun untuk maklumat pembeli yg tak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut. Harap bersabar !!!













9:31 AM | 0 comments

Saturday, December 3, 2011

Gambar-gambar perjumpaan pada 03/12/2011

Sekitar gambar-gambar yang sempat dirakam oleh saya...Video saya akan di upload kemudian






















11:20 PM | 3 comments

Thursday, November 24, 2011

Perjumpaaan pembeli dengan Managing Director utk Semangat Ulung & Director SC Land


Adalah dimaklumkan bahawa semua pembeli pangsapuri Suri Puteri dijemput untuk menghadiri perjumpaan dengan Managing Director utk Semangat Ulung & Director SC Land pada ketentuan berikut:

Tarikh: 03hb December 2011

Tempat: Suri Puteri Entrance

Masa: 2.00 Petang

Harap tuan-tuan yang ada masalah, sila lapangkan masa utk hadir
3:27 AM | 4 comments