Monday, December 5, 2011
Hasil Perbincangan dengan Tuan Haji Rozaidi, Pengarah Semangat Ulung Sdn.Bhd 03/12/2011
Oleh:Sapphire5157
Hasil Perbincangan dengan Tuan Haji Rozaidi, Pengarah Semangat Ulung Sdn.Bhd. bertempat dipool side Suri Puteri pada 03/12/2011 Jam 2.00ptg dengan pembeli yang hadir
1. Pertukaran Alamat surat menyurat - Ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh MBSA dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Service apartment akan bermula dengan level 1 tidak ada istilah Ground Floor. Kami meminta Tuan Haji Rozaidi untuk mengemukakan rayuan kepada MBSA dan KPKT untuk membenarkan kita menggunakan nombor asal rumah.
2. Isu Keselamatan dimana tembok yang memisahkan apartment dengan business centre terlalu hampir dengan unit aparment dan memudahkan penceroboh memasuki premis. Tuan haji Rozaidi berjanji akan meneliti semula dari perspektif keselamatan. Plan asal tidak terdapat tembok pemisah ini dan sesiapa dari business centre boleh memasuki apartment untuk apa pun tujuan. Bila mereka mengambil alih projek ini mereka memisahkan kedua bahagian diatas berbagai alasan dan salah satunya keselamatan.
3. Isu interest dimana ianya banyak melibatkan pembeli baru. Tuan Haji Rozaidi memberitahu supaya pembeli perlu mendapatkan info daripada bank yang memberikan kemudahan pinjaman. Dapatkan tarikh bila sebenarnya mereka release paymet kepada developer. Sila bawa info ini kepada Semangat Ulung supaya mereka boleh menyemak semula semua fail pembeli yang terlibat. Untuk pengetahuan semua mereka sentiasa memberikan 2 minggu masa tambahan kepada due date dan interest akan dikenakan sekiranya bayaran yang diterima melewati dari tarikh tersebut.
4. Pihak pembeli meminta supaya Tuan Haji Rozaidi mengaturka pertemuan dengan semua pihak yang terlibat seperti MBSA, KPKT, Kerajaan Negeri dan bank-bank yang memberikan pinjaman seperti mana yang pernah diadakan semasa Semangat Ulung ingin mengambil alih projek ini.
5. Pihak pembeli juga ingin Tuan Haji Rozaidi mengaturkan pertemuan dengan Pihak management yang dilantik oleh Semangat Ulung untuk menguruskan apartment dan pihak pembeli akan melantik wakil yang akan berada didalam badan pengurusan tersebut. Pihak Developer telah menyerahkan apartment kepada pihak pengurusan berkuatkuasa pada 01 Dec 2011
6. Kepada sesiapa yang telah mendapat surat untuk mengambil kunci bolehlah berbuat demikian untuk mengelakkan kesesakkan di pejabat Semangat Ulung. Kepada pembeli yang ingin menunggu sehingga CF dikeluarkan juga dibenarkan berbuat demikian tanpa sebarang charge dikenakan.
7. Tuan Haji Rozaidi meminta kepada sesiapa yang masih bermasalah supaya menghubungi beliau pada masa pejabat atau SMS 019-3007971
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
did anyone highlighted about the ugly lamp along the corridor?
Rasanya tak ada kot.sbb mutiara anggerik ss15 pun pakai lampu kalimantang tapi pendek. Beruntung sp dpt panjang.
Post a Comment