Monday, December 5, 2011

Hasil Perbincangan dengan Tuan Haji Rozaidi, Pengarah Semangat Ulung Sdn.Bhd 03/12/2011


Oleh:Sapphire5157

Hasil Perbincangan dengan Tuan Haji Rozaidi, Pengarah Semangat Ulung Sdn.Bhd. bertempat dipool side Suri Puteri pada 03/12/2011 Jam 2.00ptg dengan pembeli yang hadir

1. Pertukaran Alamat surat menyurat - Ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh MBSA dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Service apartment akan bermula dengan level 1 tidak ada istilah Ground Floor. Kami meminta Tuan Haji Rozaidi untuk mengemukakan rayuan kepada MBSA dan KPKT untuk membenarkan kita menggunakan nombor asal rumah.

2. Isu Keselamatan dimana tembok yang memisahkan apartment dengan business centre terlalu hampir dengan unit aparment dan memudahkan penceroboh memasuki premis. Tuan haji Rozaidi berjanji akan meneliti semula dari perspektif keselamatan. Plan asal tidak terdapat tembok pemisah ini dan sesiapa dari business centre boleh memasuki apartment untuk apa pun tujuan. Bila mereka mengambil alih projek ini mereka memisahkan kedua bahagian diatas berbagai alasan dan salah satunya keselamatan.

3. Isu interest dimana ianya banyak melibatkan pembeli baru. Tuan Haji Rozaidi memberitahu supaya pembeli perlu mendapatkan info daripada bank yang memberikan kemudahan pinjaman. Dapatkan tarikh bila sebenarnya mereka release paymet kepada developer. Sila bawa info ini kepada Semangat Ulung supaya mereka boleh menyemak semula semua fail pembeli yang terlibat. Untuk pengetahuan semua mereka sentiasa memberikan 2 minggu masa tambahan kepada due date dan interest akan dikenakan sekiranya bayaran yang diterima melewati dari tarikh tersebut.

4. Pihak pembeli meminta supaya Tuan Haji Rozaidi mengaturka pertemuan dengan semua pihak yang terlibat seperti MBSA, KPKT, Kerajaan Negeri dan bank-bank yang memberikan pinjaman seperti mana yang pernah diadakan semasa Semangat Ulung ingin mengambil alih projek ini.

5. Pihak pembeli juga ingin Tuan Haji Rozaidi mengaturkan pertemuan dengan Pihak management yang dilantik oleh Semangat Ulung untuk menguruskan apartment dan pihak pembeli akan melantik wakil yang akan berada didalam badan pengurusan tersebut. Pihak Developer telah menyerahkan apartment kepada pihak pengurusan berkuatkuasa pada 01 Dec 2011

6. Kepada sesiapa yang telah mendapat surat untuk mengambil kunci bolehlah berbuat demikian untuk mengelakkan kesesakkan di pejabat Semangat Ulung. Kepada pembeli yang ingin menunggu sehingga CF dikeluarkan juga dibenarkan berbuat demikian tanpa sebarang charge dikenakan.

7. Tuan Haji Rozaidi meminta kepada sesiapa yang masih bermasalah supaya menghubungi beliau pada masa pejabat atau SMS 019-3007971
5:40 AM | 2 comments

Sunday, December 4, 2011

Video-video perjumpaan pada 03/12/2011

Sebahagian video-video yang dirakam ketika soal jawap pembeli bersama Haji Rozaidi di Suri Puteri Entrance. Masih ada lagi video yang sedang di muat turun untuk maklumat pembeli yg tak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut. Harap bersabar !!!













9:31 AM | 0 comments

Saturday, December 3, 2011

Gambar-gambar perjumpaan pada 03/12/2011

Sekitar gambar-gambar yang sempat dirakam oleh saya...Video saya akan di upload kemudian






















11:20 PM | 3 comments

Thursday, November 24, 2011

Perjumpaaan pembeli dengan Managing Director utk Semangat Ulung & Director SC Land


Adalah dimaklumkan bahawa semua pembeli pangsapuri Suri Puteri dijemput untuk menghadiri perjumpaan dengan Managing Director utk Semangat Ulung & Director SC Land pada ketentuan berikut:

Tarikh: 03hb December 2011

Tempat: Suri Puteri Entrance

Masa: 2.00 Petang

Harap tuan-tuan yang ada masalah, sila lapangkan masa utk hadir
3:27 AM | 4 comments

Tuesday, November 22, 2011

Surat dari SCLAND

Ini adalah surat yang pertama yang saya dapat dari SCLAND samada saya kena bayar atau tidak saya tak pasti ianya berjumlah RM16,000. Kalau ada kawan-kawan yang boleh terjemahkan alhamdulillah...


Kemudian menyusul lagi surat yang sama yang saya dapat dari SCLAND kali ini lain pula jumlahnya iaitu RM8,000. Mana satu yang betul saya pun tak tahu


5:45 AM | 1 comments

Notis


Bagi sesiapa yang dikenakan interest, dinasihatkan agar membuat rayuan secara BERTULIS kepada SC Land dengan memberikan alasan yang munasabah. Bagi PEMBELI LAMA, harap maklum bahawa anda perlu membayar wang advance tanpa dapat menolak wang deposit yang dibayar semasa booking terdahulu. Ini adalah kerana wang booking yang terdahulu telah dibayar kepada Khidmat Makmur dan bukan kepada SC Land. Hanya pembeli baru sahaja yang boleh deduct dari deposit dibayar dahulu.
1:35 AM | 1 comments

Tuesday, November 15, 2011

Kunci Suri Puteri Shah Alam

Boleh serbu SCLAND pergi ambil kunci yang mana belum settle kena setttle cepat-cepat !!! Dah Tak saborr yeop lama sangat dah menunngu dekat 7 tahun.
11:58 PM | 4 comments

Saturday, October 22, 2011

Update Terkini Suri Puteri 22hb Okt 2011

Gambar-gambar diambil oleh Adie Dali

Thres no more workers doing jobs,,,or at least not in the compound area..

Block front



The entrance looking grandish.. the whole area look polish and sharp.. will try to sneak in next week to update u guys
4:56 AM | 2 comments

Sunday, October 9, 2011

Update Terkini Suri Puteri 09hb Oktober 2011

Gambar-gambar ini diambil oleh Qu Mustafa




7:07 AM | 1 comments

Saturday, October 8, 2011

Gambar Nama Apartment Suri Puteri

Gambar oleh Hardiyana Abdul Rahman

Ada 1 gambar jer kalau siapa rajin tu boleh ler pi snap banyak skit...

4:45 AM | 0 comments