Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua penduduk-penduduk SuriPuteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini merupakan hari yang terakhir kita berada di Bulan Syaaban.. Esok kita akan melangkah ke satu bulan yang mulia.. Bulan yang penuh dengan amalan dan keberkatan... iaitu Bulan Ramadhan..

Pada Bulan yang mulia ini (Ramadhan) kita diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam yang Ke 3, iaitu berpuasa selama sebulan.. Puasa ni bukan setakat tidak makan dan minum sahaja.. Tetapi puasa yang dimaksudkan disini ialah.. kita perlu menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan  mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..   

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah berpuasa kepada para pengunjung blog SuriPuteri dan juga rakan-rakan di facebook SuriPuteri.. Jangan lupa bangun sahur pada esok hari.. dan jangan lupa juga bangun sahur pada tiap-tiap hari..

Disamping itu, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan yang pernah saya lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan... 

Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita memperbanyakkan amalan dan doa.. Antara perkara yang seharusnya kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:
  • Jangan lupa mengerjakan solat sunat terawih pada setiap malam..
  • Memperbanyakkan sedekah dan memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa
  • Solat secara berjemaah pada setiap waktu sembahyang fardhu, iktikaf di masjid dan membaca Al Quran
  • Makan berpada-pada ketika berbuka dan jangan lupa bangun pagi untuk bersahur..

Semoga pada bulan Ramadhan ini, kita dapat mejalani Ibadah berpuasa dengan baik.. dan semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.. Amin..

7:32 AM | 0 comments

Monday, July 9, 2012

Majlis Bacaan Yaasin Dan Tahlil


Assalamualaikum w.w.

Dengan ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah akan diadakan pada tarikh dan waktu yang tersebut dibawah. Disamping mengeratkan perhubungan kita sesama penduduk islam di Pangsapuri Suri Puteri ini, marilah kita sama-sama meluangkan masa berjemaah beramai-ramai dan menyedekahkan bacaan yaasin untuk keluarga kita yang telah lama meninggalkan kita


Tarikh: 13hb Julai 2012, Jumaat


Waktu: Solat Maghrib


Tempat: Surau Pangsapuri Suri Puteri, Tingkat 2


Oleh kerana, surau masih belum cukup sepenuhnya, sila bawa peralatan solat dan surah yaasin bagi menyempurnakan majlis ini. Kepada sesiapa yang ingin menyedekahkan makanan dan minuman, bolehlah berbuat demikian.

Kehadiaran semua muslimin dan muslimat di Surau Pangsapuri Suri Puteri amatlah dialu-alukan. Semuga kita sama-sama mendapat berkat dan rahmat dari amalan yang kita tunaikan. Amin...

Yuslizam, A-5-11

9:27 PM | 0 comments

Friday, July 6, 2012

Lori dan Sampah

Kelmarin saya berada disana inikah lori yang parking dekat suriputeri tu ?

Parking depan kawasan gallery suriputeri

Kain yang dibuang dari tingkat atas yang sempat saya rakamkan.
8:06 PM | 0 comments

Sampah

Kotak yang berada depan lift A-5 telah saya ambil gambar dan cuba hantar ke office PAMA pada jam lebih kurang 8.45 mlm.Sampai depan office PAMA, Rahfiz masih ada didalam dan saya panggil dia untuk menerima kotak yang saya hantar itu.



7:58 PM | 0 comments

Tuesday, July 3, 2012

Sampah kat blok A tingkat 3

Ini adalah gambar yang admin dapat yang dihantar sendiri oleh owner sebentar tadi didalam email.

Sampah tu teman punye, teman dah amik gambo nak buktikan spekulasi bahawa cleaner yg transfer sampah tu.


Memang terbukti kerana 24/06/2012 teman buang kat bilik sampah, teman dtg 30/06 dah ada kat dpn lif. 

Sekarang xde residen yg buang kotak dpn lif, cleaner yg transfer sebabnye mungkin nak jual.

Biar gambar berbicara....

24/06/2012 sampah kat bilik sampah

30/06/2012 sampah sama kat dpn lif

30/06/2012 sampah transfer depan lif
5:49 AM | 2 comments

Wednesday, June 20, 2012

MInutes of Meeting With SPSA Committee

MInutes of Meeting With SPSA Committee






3:00 AM | 1 comments

Friday, June 15, 2012

Siapa yang perlu dipersalahkan ?

Penduduk atau Management?

Tanggungjawab bukan hanya terletak di satu pihak sahaja. Mungkin management tidak menjalankan tugas mereka dengan baik, tetapi kita sebagai pengguna, hargailah hak yang diberikan.

Yanti

DOMESTIC DEBRIS COLLECTED FROM POOL’S STRAINER






The Management
2:47 AM | 3 comments

Wednesday, June 13, 2012

Surat Rayuan Kepada MBSA - Pengurangan Kadar Nilai Cukai Pintu

Salam sejahtera,

Surat rayuan untuk pengurangan kadar nilai cukai pintu ini telah dihantar ke MBSA, cc pada Datuk Bandar, Ahli Parlimen Shah Alam dan Adun Batu 3 untuk tindakan dan pertimbangan MBSA. Harap kita dapat balasan dari MBSA secepat mungkin. Sekian harap maklum, Yanti








10:12 PM | 2 comments

Friday, June 1, 2012

Perlukah notis seperti ini ?

Walaupun ada di kalangan yang masih kurang faham di mana nak buang sampah tapi notis pemberitahuan ni rasanya kurang best utk dipaparkan. PAMA macam nak berkonfrontasi pulak dengan penghuni SP dengan menggunakan ayat macam ni. Ini bukan tindakan yang bijak untuk PAMA nak mengeluarkan notis seperti ini. Masih ada cara yang lebih sesuai...


5:11 AM | 2 comments

Monday, April 2, 2012

Minit Mesyuarat pada perjumpaan 10hb Mac 2012


Minit Mesyuarat semasa perjumpaan bersama pembeli / penduduk Pangsapuri Suri Puteri dilampirkan untuk renungan bersama.  Mesyuarat sesama AJK akan diadakan pada 7hb Apr 2012 nanti.  Berikut adalah senarai AJK sementara Persatuan Penduduk Pangsapuri Suri Puteri.  Sila rujuk kepada mereka sekiranya anda memerlukan bantuan mereka.

Pengerusi                    :       1)  Sdra M. Zamri M Yasin

Naib Pengerusi            :       2)  Sdra Sahairy Harun

Ahli Jawatankuasa       :       3)  Sdri Asiyanti Mohd Sapian
                             
                                           4)  Sdra Mohammad Firdaus
                             
                                           5)  Sdri Norisidah Ismail
                             
                                           6)  Sdri Nur Amalina Badaruddin
                             
                                            7)  Sdra Nordin Abd Wahid
                             
                                            8)  Sdra Mohd Ismafazil Ismail
                             
                                            9)  Sdra Sujan Jana Avdanan
                             
                                          10) Sdra Mohd Yuslizam Sulaiman
                             
                                          11) Sdra Mohd Afziv
                             
                                          12) Sdra Saiful Rizzal
                             
                                          13) Sdra Nazran
                             
                                          14) Sdra Kevin Justin Raw

Sekian harap maklum.


MESYUARAT DAN PERLANTIKAN AJK PEMBELI DAN PENDUDUK PANGSAPURI SURI PUTERI, SEKSYEN 20, SHAH ALAM

TARIKH : 10HB MAC 2012
MASA : 10:00 AM
TEMPAT : DEWAN PANGSAPURI SURI PUTERI


UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Pengerusi Majlis, Sdra Ismafazil mengalu-ngalukan kehadiran pembeli dan penduduk Pangsapuri Suri Puteri yang dihadiri hampir 60 orang ke majlis perlantikan AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Suri Puteri dan mesyuarat pertama bersama-sama dengan pihak pengurusan PAMA Services Sdn Bhd.

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENDUDUK PANGSAPURI SURI PUTERI

Pengerusi : 1)  Sdra M. Zamri M Yasin

Naib Pengerusi : 2)  Sdra Sahairy Harun

Ahli Jawatankuasa : 3)  Sdri Asiyanti Mohd Sapian
 
4)  Sdra Mohammad Firdaus
 
                                  5)  Sdri Norisidah Ismail
 
                                  6)  Sdri Nur Amalina Badaruddin
 
                                  7)  Sdra Nordin Abd Wahid
 
                                  8)  Sdra Mohd Ismafazil Ismail
 
                                  9)  Sdra Sujan Jana Avdanan
 
                                10)  Sdra Mohd Yuslizam Sulaiman
 
                                11)  Sdra Mohd Afziv
 
                                12)  Sdra Saiful Rizzal
                             
                                13)  Sdra Nazran
 
                                14)  Sdra Kevin Justin Raw

PERKARA YANG DIBINCANGKAN DENGAN WAKIL PENGURUSAN PAMA SERVICES SDN BHD –
EN RAHFIZ

1) Sdra Amin
· Masalah pertama yang diutarakan adalah berkenaan kebersihan kolam renang dan keadaan airnya yang keruh dan tidak bersih.
· Dicadangkan juga agar diletakkan papan tanda mengenai cara penggunaan kolam renang di kawasan persekitaran kolam.

Jawapan Pengurusan
· Pembersihan kolam renang dilakukan oleh pihak kontraktor sebanyak 2 kali seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat.  Penggunaan yang terlalu kerap, jumlah yang ramai dan cara pemakaian semasa mandi adalah antara sebab mengapa air kolam menjadi keruh dengan cepat. Pihak pengurusan juga akan memantau samada cara pembersihan yang dilakukan oleh kontraktor yang tidak mengikut piawaian juga mungkin menjadi salah satu punca mengapa air kolam menjadi keruh.
· Menurut beliau cara penggunaan kolam renang telah ditulis di dalam Nota Peraturan Penginapan (House Rules) dan penggunaan adalah tanggungjawab penduduk .

2) Sdra Mohd Ariff
· Kemusykilan berkenaan pekerja kontraktor samada mereka dibenarkan untuk menduduki Pangsapuri Suri Puteri.

Jawapan Pengurusan
· Pekerja kontraktor hanya dibenarkan menduduki pangsapuri Suri Puteri jika dihuni bersama-sama dengan pemilik unit.  Pihak Pengurusan telah sedia maklum mengenai perkara ini.

3) Sdri Masturah
· Kebersihan persekitaran yang tidak diambil serius oleh pihak pengurusan. Keadaan sampah yang banyak dan tidak dikutip seperti dijadualkan.  Hanya dikutip selepas penghuni menghubungi pihak pengurusan.
· Keadaan koridor yang berdebu kerana proses renovation.  Dicadangkan agar pengurusan menambah seorang lagi cleaner di setiap blok.

Jawapan Pengurusan
· 2 cleaner telah ditugaskan bagi setiap blok.  Sapu dilakukan setiap hari dan mop adalah sebanyak 2 kali.  Pemeriksaan dilakukan pada setiap hari oleh pihak pengurusan.
· Penambahan pekerja tidak dapat dilakukan di atas sebab kos.(Dibangkang oleh Pengerusi SP, Sdra Zamri – alasan tidak munasabah kerana semua pembeli pangsapuri telah membayar yuran penyelenggaraan yang agak tinggi setiap bulan).  Pihak pengurusan menyatakan bahawa kos untuk kerja-kerja operasi adalah tidak mencukupi. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

4) Sdra Nazran
· Masalah terhadap ‘access card’ beliau.  Telah beberapa kali merujuk kepada pejabat pengurusan dan diperiksa tetapi masih lagi tidak boleh digunakan.  Dicadangkan agar diadakan tempat atau point untuk memeriksa keadaan ‘access card’ tanpa perlu ke pejabat pengurusan.

Jawapan Pengurusan
· Diminta agar Sdra Nazran ke pejabat pengurusan untuk menukar ‘access card’ yang sedia ada kepada yang baru, kerana dikhuatiri kad tersebut telah rosak. Pihak pengurusan tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan point untuk pemeriksaan kad, kerana mereka perlu memantau lebih teliti demi factor keselamatan.

5) Sdra Muzammil
· Keadaan cerun di parking bawah tanah agak tinggi dan boleh menyebabkan kenderaan tersangkut.  Dicadangkan diletakkan cermin di kawasan parking bawah tanah.
· Kerja-kerja renovasi terlalu lama dari waktu yang ditetapkan.  Pihak pengurusan perlu pantau waktu kerja-kerja renovasi.  Pengawal pula perlu memantau selepas waktu kerja.  Penduduk pula diminta memberitahu pengawal untuk tindakan selanjutnya.

Jawapan Pengurusan
· Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

6) Sdra Kusyairi
· Pintu masuk dari Blok B1 ke B2 bermasalah untuk dibuka.
· Talian telefon dan internet juga masih bermasalah. Kontraktor pemasangan menyatakan mungkin MDF tidak betul atau pemasangan salah.

Jawapan Pengurusan
· Pintu akan dibaiki pada minggu hadapan.
· Minta kontraktor melabelkan untuk memudahkan pihak pengurusan memeriksa nanti.

7) Sdra Nazran
· Minta kepastian berapa lamakah sesuatu aduan itu akan diambil tindakan.  Siapa yang bertanggungjawab untuk sesuatu aduan, pengurusan (PAMA) atau kontraktor bangunan  (RDS).

Jawapan Pengurusan
· Untuk setiap aduan, selewat-lewatnya tempoh 30 hari bekerja hendaklah diselesaikan.
· PAMA bertanggungjawab dengan segala khidmat di pangsapuri dan RDS bertanggungjawab terhadap keadaan bangunan pangsapuri.
· Diminta agar tiada kelewatan keatas segala bayaran penyelenggaraan, kerana terlalu banyak masalah timbul.

8) Sdra Mohd Fuad
· Masalah ‘access card’ sekali lagi ditimbulkan.  Inginkan penjelasan mengapakah ada sekatan bagi penduduk di Blok A untuk menggunakan ‘access card’ di Blok B.  Sepatutnya setiap penduduk dibenarkan untuk access di semua pintu masuk.  Ikut logiknya bagi setiap penggunaan ‘access card’ , rekod pengaksesan boleh didapati di pejabat pengurusan.  Dicadangkan agar ‘access point’ diletakkan di pintu lif jika pihak pengurusan perlukan rekod.

Jawapan Pengurusan
· Pengurusan bersetuju bahawa rekod pengaksesan terdapat di pejabat pengurusan.  Oleh kerana semua hadirin setuju agar ‘access card’ diaktifkan bagi semua pintu masuk dan keluar, maka perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

9) Siti Rafidah
· Mengapakah pengawal yang diambil bekerja berbangsa asing (Pakistan). Masalah komunikasi timbul sesama pengawal dan penduduk. Menurut syarat-syarat yang diberikan oleh Kementerian Dalam negeri (KDN) hanya pekerja berbangsa Nepal yang dibenarkan bekerja sebagai pengawal.

Jawapan Pengurusan
· Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

10) Sdra Eddy
· Berapa kerapkah sesuatu bangunan dicat semula?
· Mengapa tiada no level di tandakan di dinding setiap tingkat selepas lif dibuka?

Jawapan Pengurusan
· 10% daripada yuran penyelenggaraan akan dimasukan di dalam sinking fund. Bangunan akan dicat bergantung kepada jumlah fund yang dikumpul.
· Setakat ini, no level hanya dapat dilihat di dalam lif sahaja.

11) Sdri Norisidah
· Tanda arah keluar (flow arrow) perlu dipasang di tiang kawasan parking.

Jawapan Pengurusan
· Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bersama pemaju.

12) Sdra Farhan
· Tingkap yang dipasang adalah terhala dari arah dalam bilik pos.   Pencerobohan boleh berlaku.
· Dengan siapakah ingin dirujuk sekiranya terdapat simen dan dinding yang tidak rata.

Jawapan Pengurusan
· Pintu bilik pos akan sentiasa dikunci dari jam 10:00pm hingga pagi.  Tingkap yang tidak boleh dibuka tutup juga akan dipasang.
· Dinding atau simen yang tidak rata hendaklah dirujuk kepada RDS, kontraktor bangunan.

13) Sdra A. Halim
· Dicadangkan agar no parking dilukis di setiap tapak parking.

Jawapan Pengurusan
· Tapak parking adalah tapak lot harta bersama.  Perlu mendapatkan persetujuan dari semua pembeli unit.

14) Anas Malik
· Inginkan kepastian samada pengurusan bagi Business Centre di hadapan pangsapuri di bawah bidang kuasa siapa.

Jawapan Pengurusan
· Business Centre adalah juga di bawah kuasa pengurusan PAMA Services Sdn Bhd. Pengawalan keselamatan adalah di bawah tanggungjawab yang sama dengan pengawalan pangsapuri.

15) Pengetahuan Umum
· No telefon pengawal baru akan diupdate dan ditampal di setiap papan kenyataan dan lif.
· Oleh kerana no telefon pengawal adalah milik peribadi pengawal, cadangan untuk meletakkan satu telefon di bilik pengawal juga akan dipertimbangkan.
· Setiap kerja-kerja renovasi selesai, kerja-kerja pembersihan hendaklan dilakukan  oleh kontrarktor yang dilantik oleh pembeli/penduduk.
· Segala butir-butir perbincangan ini akan dilaporkan kepada pemaju dan tempoh diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah selama dua (2) minggu dari tarikh mesyuarat.
· Jawapan dan feedback akan dipamirkan di papan kenyataan pangsapuri.

ULASAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SURI PUTERI

· Ucapan terimakasih kepada semua hadirin kerana memberi kepercayaan penuh kepada beliau untuk mendukung tanggungjawab  sebagai pengerusi penduduk.
· Beliau meminta kerjasama dari semua penduduk untuk bertolak ansur sesama jiran.
· Mohon agar pihak pengurusan menjadi lebih peka dengan segala permasalahan yang diutarakan dan perlulah berbincang.

Mesyuarat tamat pada jam lebih kurang  12:00 tengahari.

Bersurai.


Yanti Mohd Sapian




9:54 PM | 2 comments