Sunday, February 23, 2014

Jersi Sports Club

Jersi Sports Club. Ada logo butterfly dan logo Suri Puteri (jahit sulam). Harga RM50 utk 1 set (2 helai). Untuk tempahan sila hubungi En Sofian Rashid atau En. Tigermie


8:49 AM | 0 comments

Tuesday, February 11, 2014

NEW 2014 VEHICLE STICKER

Kepada Penduduk-penduduk Suri Puteri,

Sila ambil perhatian bahawa pelekat kenderaan bagi tahun 2014 sekarang telah sedia untuk diambil di pejabat pengurusan. Penduduk-penduduk akan diminta untuk mengisi borang Residents Registration Form 2014 sebelum diberikan pelekat kenderaan berdasarkan lot-lot yang telah ditentukan oleh pihak Pemaju. Adalah dimaklumkan juga bahawa pelekat kenderaan baru ini akan beransur-ansur dikuatkuasakan bagi menggantikan pelekat kenderaan 2013 pada 31 March 2014.


Dear Suri Puteri Residents,

Please be informed that the new 2014 vehicle stickers are now available at the management office. Residents will be requested to fill up Residents Registration Form 2014 in exchange to the sticker(s), according to the car park(s) allocated by the Developer. Please note that the new vehicle stickers will be phasing out the old 2013 sticker and will be mandatory by 31 March 2014.  
6:52 PM | 0 comments

Wednesday, January 29, 2014

SP Sports Club

Salam sejahtera,

Utk makluman bilik permainan di tingkat 2 telah ada meja ping pong dan carom. Residen/owner yg berminat utk mendaftar sebagai ahli SP Sports Club sila hubungi En. Sahairy Harun (presiden) dan dijemput hadir untuk mengukuhan silaturrahim.

Jadual permainan ping pong: Rabu dan Jumaat, Pkl 9 hingga 11 malam


9:10 AM | 1 comments

Friday, December 13, 2013

AGM 2014


8:48 PM | 4 comments

Friday, July 5, 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA RAMADHAN

5:41 PM | 0 comments

Wednesday, March 20, 2013

Ahli Baru (Sub-AJK) Persatuan Penduduk SP Diperlukan


4:29 AM | 0 comments

Kutipan Derma Bagi Keperluan Surau Suri Puteri


4:27 AM | 0 comments

Monday, March 4, 2013

Permohonan Untuk Migrasi Meter Air di Pangsapuri SP.

Harap maklum bahawa Pihak Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)
telah mengeluarkan surat rasmi kepada SPAN untuk mempertimbangkan permintaan
penduduk Suri Puteri untuk melaksanakan migrasi meter air individu di
pangsapuri ini. Dilampirkan salinan surat dari LPHS untuk dikongsi bersama.
Sebarang perkembangan lanjut dari LPHS atau SPAN akan dimaklumkan kepada
semua kelak.

Terima kasih.

Yanti
5:22 AM | 2 comments

Tuesday, February 26, 2013

Majlis Bacaan Tahlil

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, majlis tahlil untuk Allahyarham En. Hisammudin telah diadakan selepas solat Maghrib pada 23hb Februari 2013. Jumlah derma yang diterima adalah sebanyak RM492.10. Terima kasih kepada para hadirin yang telah hadir dan menghulurkan sumbangan ikhlas.





1:16 AM | 0 comments

Tuesday, February 19, 2013

MAJLIS BACAAN TAHLIL


3:31 PM | 0 comments

Friday, February 15, 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Harap maklum bahawa saudara Hishamudin (tuan punya blog ini) telah meninggal dunia pada hari Sabtu 9 Feb 2013 di Gerik, Perak. InsyAllah, jika tiada aral melintang kenduri tahlil akan diadakan di surau SP dlm masa terdekat ini. Semoga rohnya di Rahmati Allah dan diletakkan bersama2 org yang beriman...Al-Fatihah


8:09 AM | 0 comments

Thursday, January 3, 2013

BBQ Penduduk 15 Dec 2012

BBQ Penduduk untuk mengeratkan silaturrahim
















2:18 AM | 0 comments

Sunday, December 9, 2012

Air Percuma Pangsapuri : Syarat SYABAS Sukarkan Penduduk


KLANG 9 DIS : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam menetapkan syarat ketat untuk permohonan proses migrasi meter pukal kepada individu merupakan punca utama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk pangsapuri tidak dapat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Berkongsi pengalaman dalam menguruskan permohonan itu, Pengerusi JMB Pangsapuri Bukit Kuda, Ahmad Ibrahim berkata Kerajaan Negeri sebenarnya banyak memudahkan urusan migrasi itu namun Syabas tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya selain meletakkan prosedur yang ketat.

 Katanya, antara syarat yang dikenakan Syabas ialah memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik ia termasuk membuat permohonan baru melalui borang SMP(borang kebenaran tukar meter) bagi setiap individu dan menyediakan RM130 setiap rumah untuk membayar deposit meter air.
Selain itu, penduduk juga dikenakan syarat membayar jumlah keseluruhan bil tunggakan dan segala kos pembaikan paip serta pengubahsuaian meter ditanggung pemilik.
“Syarat yang ditetapkan itu sangat menyusahkan. Sewajarnya mereka (Syabas) faham, untuk melaksanakan semua syarat itu bukan mudah, banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk dan JMB sendiri.
“Pengalaman saya dalam menguruskan permohonan itu memakan masa setahun baru ia selesai itu selepas ditolak beberapa kali oleh Syabas sehinggakan saya terpaksa ke Ibu Pejabat Syabas untuk berusaha mendapatkan air percuma,” katanya kepada TV Selangor ketika ditemui.
Menceritakan lanjut, Ahmad berkata JMB pangsapurinya terpaksa mengeluarkan wang tabung pengurusan itu sebanyak RM15,000 untuk didahulukan bagi membayar bil tunggakan. Katanya, tidak cukup dengan itu, beliau terpaksa mencari pemilik sebenarnya setiap unit rumah untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka.

 “Saya hantar sendiri notis kepada sebanyak 450 unit rumah untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka, banyak masalah yang saya hadapi. Itu pun pada mulanya, hanya setengah sahaja yang berjaya saya cari, tetapi akhirnya saya berjaya mengumpulkan semuanya selepas beberapa langkah susulan diambil,” katanya.
Selain itu, jelasnya, penduduk terpaksa membayar RM45 bagi setiap unit rumah untuk mengubahsuai meter mereka manakala JMB mengeluarkan sebanyak RM5,000 untuk membaiki meter.
“Jika dihitung, kos mengubahsuai meter yang ditukar 450 unit rumah itu menelan belanja yang besar iaitu sebanyak RM20,200. Itu kita lakukan sendiri, jika kita memanggil pihak kontraktor sudah tentu harganya dua kali ganda,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, disebabkan syarat yang dikenakan Syabas itu menyebabkan penduduk pangsapuri lain lambat menikmati pemberian air percuma 20 meter padu itu selain mereka tidak mendapat kerjasama dari penduduk sendiri.
“Setiap penduduk harus faham, begitu juga dengan JMB, jangan menyalahkan Kerajaan Negeri, mungkin permohonan yang dihantar kepada Syabas itu tidak lengkap,” katanya.

Sementara itu, penduduk Hartila Md Daud, 42, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin terhadap rakyatnya.
“Saya mengharapkan rakyat Selangor terus menyokong Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk mentadbir negeri seterusnya ke Putrajaya kerana apa yang saya lihat dan merasainya sendiri, Kerajaan Negeri banyak meringankan beban keluarga saya,” katanya.
Penduduk lain, Imran Ismail, 44, berharap Kerajaan Negeri berterusan membela rakyat yang dilihat semakin dibebankan kerana kos hidup yang tinggi.
“Dengan adanya, pemberian air percuma dan banyak program bantuan yang lain, sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan beban kami rakyat Selangor,” katanya.


Sumber:  http://www.selangorku.com/
8:21 PM | 0 comments

Friday, December 7, 2012

JOM KITA BER-BBQ

Salam Sejahtera Warga Suri Puteri,

Bagi mengeratkan hubungan kita sesama jiran di SP, aktiviti ber-BBQ bersama penduduk akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada :-

Tarikh  :  15hb Disember 2012, Sabtu
Waktu :  9:00pm, selepas Isyak
Tempat :  Perkarangan kolam mandi

Bagi sesiapa yang ingin menyertai aktiviti ini, bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap unit rumah (max 5 orang).  Tambahan RM10 setiap seorang pula akan dikenakan bagi yang melebihi 5 orang.  Setiap unit juga DIGALAKKAN membawa pot luck bagi memperbanyakkan juadah.

Cara-cara bayaran boleh dirujuk kepada iklan yang dilampirkan.

Terima kasih.
11:52 AM | 0 comments

Wednesday, December 5, 2012

Memo Umum



1) Pihak JMB sedang memhon untk menukar METER AIR KOMERSIAL PUKAL ke METER AIR KOMERSIAL INDIVIDU

2) Jika ianya berjaya, Pihak SYABAS mengenakan deposit sebanyak RM: 130 untuk seetiap pemilik rumah

3) Setiap pemilik rumah dikehendaki memberi SALINAN SURAT PERJANJIAN JUAL BELI dan SATU SALINAN KAD PENGENALAN

4) Setiap pemilik rumah di kehendaki memberi mengisi BORANG PERMOHONAN kepada syarikat SYABAS

5)  Jika ianya berjaya, Penduduk akan menikmati REBET PERCUMA DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR sebanyak 5m3 YANG PERTAMA atau BERSAMAAN RM: 11.40 ( Harga komersial individu adalah RM: 2.28 / 1m3)

* NOTA*

1) Setelah permohonan berjaya, Pihak JMB akan membuat pula permohonan untuk menukar METER AIR KOMERSIAL INDIVIDU ke METER AIR INDIVIDU PENDUDUK.

2) Tarikh air AKAN BERTUKAR DARI RM:2.28 ke RM:1.38 / 1m3.

3) Halangan semasa permohonan METER AIR INDIVIDU PENDUDUK adalah STATUS TANAH DI SURI PUTERI ADALAH BERSTATUS KOMERSIAL. Ini menyukarkan untuk membuat permohonan atas sebab-sebab status tanah itu sendiri.

4) Disertakan jadual untuk permohonan pertukaran meter air.

Untuk lebih jelas anda boleh klik gambar diatas.

Disediakan oleh: Wak Zam



3:36 AM | 0 comments

Sunday, December 2, 2012

Hari Ramah Mesra Residen Suri Puteri pada 4 Nov 2012

Update gambar hari ramah mesra penduduk suri puteri pada 4 Nov 2012























2:06 AM | 0 comments