Semalam saya sempat lagi merakam gambar-gambar terkini projek 21/5/2010 suri puteri untuk pengetahuan semua pembeli. Begini lah keadaannya, pun begitu saya sempat berbual dengan salah seorang pakcik yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak projek ini pada tahun 2004...apa yang diberitahu oleh nya sejak seminggu ini kerja-kerja nampak nya semakin rancak....itulah yang kita semua harapkan.
Gambar-gambar ini saya rakam kan di semua sudut kiri, kanan, belakang dan hadapan. Semuga semua pembeli berpuashati dengan apa yang saya paparkan ini.
Sabtu ini, 15hb Mei 2010..pihak Bank Rakyat akan membuat promosi Suriputeri kepada semua pemegang kad kreditnya. Jemputan telah dikeluarkan oleh pihak Bank Rakyat dan bukan dari SC Land, tetapi kepada sesiapa yang ingin turut serta, adalah dijemput hadir. Sekian..
Ferrier Hodgson MH adalah merupakan liquidator yang dilantik oleh pihak mahkamah. Mengikut pemahaman saya dari penerangan Hj Rozaidi, kita tidak lagi mempunyai harapan untuk claim LAD dari Khidmat Makmur kerana KM di dalam proses gulung tikar. Ini bermakna peluang untuk saman-menyaman adalah amat tipis. Surat kedua pulak hanyalah pembetulan kepada surat pertama dimana Semangat Ulung dinyatakan sebagai nama baru bagi SC Land, sedangkan Semangat Ulung hakikatnya adalah anak syarikat kepada SC Land. SC Land masih lagi merupakan syarikat induk bagi projek ini.
Untuk pengetahuan pembeli-pembeli pangsapuri suri puteri....ini adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan semua pada pukul 5 petang semalam. Begini lah keadaan terkini projek pangsapuri tersebut. Apa yang saya perhatikan nampaknya berjalan lancar jadi usah lah dirisaukan tak lama lagi dapat lah rumah yang kita idam-idamkan yang telah terbengkalai selama 5 tahun. Sabar jer lah......